Ads (728x90)

z


Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk darjah 1. Dia memberikan homework pada murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tersebut menjerit “Shut up you !!”. Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, “shut up you” tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iya. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan sudah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata “Ladies first” balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Miss Ann: OK boy, did you get the words?

Murid: Yes, teacher.

Miss Ann: Good, what is your first word?

Murid: Shut up you !!!

Miss Ann: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Murid: Superman !!!

Miss Ann: Bloody fool! Get out from this class

Murid: Ladies First.

Post a Comment