Ads (728x90)

z


~CeRpEn=CiNtA sI pEmEtIk sUnDaTaNg~




PaRt 3




Si sumuni Rungus  yang  dimana duduk tadi disebelahku bingkas bangun dan mulai mengatur langkah.Lalu dia terus mengerakkan badan mengikuti irama miagung-agung yang aku petik.Aku terlopong seketika dengan tindak tanduknya yang berlaku secara spontan di depan mataku.Aku tertanya pada diri sendiri apakah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh si sumuni rungus ini? Hatiku agak kehairanan namun ternyata sungguh terhibur dengan pergerakannya walaupon tarian tidaklah sehebat seperti penari-penari kebudayaan.
Kurenung dalam-dalam wajahnya,lalu hanyut ke dasar hatinya.Terkedu diriku melihatnya yang ternyata sedang rawan menikmati keindahan melodi dari sundatangku.
Aku dengan serta merta memberikanya sekuntum senyuman sebagai tanda menghargai kehadiranya di petang itu.




Melihat si sumuni Rungus terus meneruskan tariannya sambil diikuti suara merdunya menanyikan bait-bait lagu mongoddihoi-hoi,aku mula merasa sungguh seronok dengan persembahanku.Api semangatku terus menyala-nyala dibakarnya.Petikan demi petikan kualunkan dengan penuh bertenaga.Penuh bersemangat dan sungguh menghiburkan.
Aku rasakan tempat dimana kami berdua berada itu seperti di satu dunia khayalan yang terlalu cantik dan membuaikan perasaan.Seakan dunia yang kami pijak itu hanyalah hakmilik kami bertiga sahaja.Aku,dia dan sundatang kesayanganku sahaja yang mampu merasa kesatuan lautan rasa itu dipenuhi irama-irama mengasyikkan.




Aku tersentak seketika,jari jemariku yang sedang mengalir memetik tali sundatang turut terhenti.Tarian sumundai si sumuni  Rungus pon turut terhenti apabila tiada lagi kedengaran irama dari sundatang kesayangku.Aku terpana seketika..
"Bukankah petikanku tadi sudah sempurna?" Bisik hatiku.


"Kenapa kamu menghentikannya?"Pekik si sumuni Rungus kepadaku dengan pandangan sayu seolah-olah mahu aku meneruskan petikan irama itu lagi.
"Kamu telah memainkannya dengan baik sekali sebentar tadi,sungguh berbeza dari sebelumnya."Katanya kepadaku sambil merenung anak mataku.
Aku membalas pandangannya.
Memang benar kata-katanya.Tanpa kusedari telah melakukan satu keajaiban! Satu kuasa yang telah mendorongku adalah kehadiran dan disertai  lenggok tari sumundainya. 
Adakah aku sudah dapat memahami keindahan lagu ini?Aku masih terkebil-kebil seolah tidak mempercayai dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.


"Wei kamu si bisu..Aku mahu menari lagi!!" Dengan bercekak pinggang dia bercakap kepadaku.
Kulihat wajahnya telah dimasamkan kerana aku seperti tidak memberi sebarang maklum balas dengan pintanya.
Dengan tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku,lantas aku berniat dalam hati untuk tidak mensia-siakan peluang maju ke hadapan serta memperbaiki  setiap kelemahan yang telah sekian lama merantai diriku.


Selepas si sumuni Rungus berkata kepadaku,kuhirup oksigen yang berlegar-legar disekeliling perlahan-lahan lalu menghembusnya panjang.
Kukumpul segala kudrat yang ada dan meneruskan petikan.
Si sumuni Rungus pon mula mengerakkan lagi badannya mengikuti irama sundatangku yang kini berada betul-betul dihadapanku.Tanpa aku sedari tanganya telah tersentuh mukaku.
Dengan serta merta dia terlopong apabila menyedari sebenarnya aku adalah seorang lelaki.
Kulihat wajahnya merona mengerutkan dahi dan masih terdiam kerana tidak menyangka selama ini aku adalah seorang lelaki dan bukannya perempuan.


Petikanku pun turut terhenti seketika lagi,aku sendiri  mengerutkan dahi tertanya-tanya kenapa selama ini dia tidak menyedari  kewujudanku sebagai seorang lelaki?
Tanpa berfikir panjang kusambung semula memetik  tali sundatang kesayanganku secara perlahan sebagai  tanda memberi isyarat untuk mengajak si sumuni Rungus meneruskan lagi tariannya.
Kelihatan dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju disertai satu senyuman manis dilemparkan kepadaku.


Aku memejamkan mata.Aku mengosongkan seluruh fikiranku,fikiranku hanya tertumpu pada jariku yang kini penuh kelembutan membelai tali sundatang kembali.Kubuka mata perlahan-lahan dan melihat si sumuni Rungus mula menari dan kudengar suaranya mendayu-dayu mongoddhoi-hoi semula.
Aku tersenyum riang melihat gelagatnya.
Mungkin aku patut berterima kasih kepadanya kerana membangkitkan semula api semangatku yang selama ini hampir terpadam dihujani pelbagai persoalan...
Mungkin aku patut buktikan kepadanya bahawa aku boleh menjadi johan dalam pertandingan ini hasil dari  bantuannya...








To Be CoNtInUe....




By kEoNz_LrYnZz

Post a Comment