Ads (728x90)

z


~CiNtA sI pEmEtIk SuNdAtAnG~


pArT 2


Petikan sundatang itu dengan serta-merta kuhentikan.Aku mengeluh panjang.Aku tercari-cari dimanakah sebenarnya kelemahanku? Kupandang sundatang kesayanganku yang selama ini menjadi kekasihku,namun ianya membisu sahaja.Seakan aku bertanya pandangan mengenai titik kelemahanku terhadapnya.Aku mengerti mana mungkin sundatang yang diperbuat daripada kayu Tombirog itu mampu memberi jawapan pada lautan persoalan yang dimana sedang menghanyuti fikiranku ketika ini.

Lantas aku bangun lalu menyangkutkan semula sundatang kesayangku pada dinding bilikku.Didalam fikiranku sedang ligat berfikir bahawa mungkin diri ini perlukan sedikit masa lagi untuk berusaha dengan lebih gigih agar dapat memperlengkapkan segala kelemahan serta kekurangan yang  menyelemuti.
Aku membaringkan  tubuhku pada atas tilam yang sungguh empuk itu.Aku tebaring dengan begitu letih lesu kerana kotak fikiranku sejak dari tadi asyik berputar mencari  dimana sebenarnya kelemahan yang mengahantuiku,namun aku gagal menjejakinya jawapan persoalan itu.


###################################################

Sememangnya pementasan panorama disitu terlalu mengasyikkan.Aku melemparkan pandanganku pada pasir pantai yang bersih memutih itu dan menguisnya dengan jari kaki.Pandangan mataku tertumpu pada sundatang yang kini berada disebelahku.Diriku bermonolog sendiri mencadangkan agar berlatih di tempat seperti itu yang dimana sungguh nyaman dan mendamaikan sanubari.Lalu dengan perlahan-lahan kucapai sundatang itu dan cuba untuk memetiknya.

Segala mesej yang aku cuba sampaikan melalui petikan lagu itu  mulai menampakkan hasilnya.Namun , sekali  lagi  aku gagal mempamerkannya.Aku geram bercampur kecewa,aku menghentikan petikaan itu.Bibirku mengertap menahan kemarahan dan tangan mulai menggigil.Aku marah dengan diriku sendiri,aku terlalu kecewa dengan kegagalan menghayati lagu itu.


"Kenapa berhenti?.. Boleh tak mainkan sekali lagi?.." Satu suara yang tidak diketahui datang dari mana arahnya tiba-tiba menyapaku.Aku tersentak dan sedikit tergamam.Lantas aku memalingkan kepala menoleh ke belakang.Seraut wajah manis yang merona tersenyum dihadapanku.
Bukankah dia ini si sumuni Rungus yang kulihat semalam? Aku mulai tertanya dalam hati.


"Adakah kamu seorang pemetik sundatang? Lagu dan irama yang kamu petik itu sungguh merdu sekali mengusik  sanubari saya.."Puji si sumuni Rungus itu tersipu manis menghampiriku perlahan-lahan.Lalu dia tanpa rasa segan silu terus duduk disebelahku.
"Teknik petikan kamu sungguh bagus,namun seperti kekurangan sesuatu?"Katanya perlahan kepadaku dengan suara manja.


Aku sungguh terkedu dan tidak mampu mengeluarkan sepatah pon kata-kata.Nampaknya si sumuni Rungus ini pon boleh merasakan kelemahan yang terdapat dalam diriku.Aku merenung dalam-dalam anak matanya,nampaknya si sumuni ini seorang yang suka berterus terang.Dia begitu yakin dengan kata-katanya.Aku sungguh kagum dengan sifatnya.

"Adakah kamu seorang yang bisu?" Sungguh kasihan kamu ya.Saya ingin memohon maaf sebab terlalu banyak bertanya kepada kamu sejak dari tadi lagi.Tetapi lagu yang kamu mainkan tadi itu betul-betul membuatkan saya tertarik kerana begitu unik sekali.Sungguh merdu alunanya.
"Boleh tak kamu mainkan sekali lagi untuk saya?.."Pinta si sumuni Rungus kepadaku.


Aku mencapai sundatang yang tersandar  pada tunggul pokok disebelahku dan memulakan petikan.Mengapa aku memetik lagi sundatang ini? Bisik hati kecilku.Seolah-olah aku seperti dipukaau oleh si sumuni Rungus.Si sumuni ini seperti mampu mengawal perasaan orang lain kerana aku menuruti sahaja kata-katanya.Bukankah sebegitu realitinya?


To Be CoNtInUe.......


By KeOnZ_LrYnZz

Post a Comment