Ads (728x90)

z

~CiNtA sI pEmEtIk sUnDaTaNg~ by Keonz Lrynzz


pArT 1

Suasana dada langit  yang mengintai sang fajar senja terbenam diufuk barat itu terlalu mengasyikkan dengan alunan melodi petikan tali sundatang yang dipetik oleh si Tanakvagu.Si tanakvagu menari-narikan jarinya dengan penuh kelembutan seperti aliran sungai BavangGazo dari  gunung Gumantong,segala perasaannya dicurahkan melalui petikan tali itu dimana ia halus dan tenang sahaja bergema memukau lubuk kalbu.Saat luahan perasaannya itu menyelubungi sanubari padangan matanya tidak terlepas mengamati sekumpulan burung kandawai menghiasi ruangan udara yang terbang menuju ke sarangnya.
Itu adalah petanda bahawa tirai senja yang sedang berlabuh tidak lama lagi akan beralih kepada malam dan menanti pula kehadiran sang rembulan menyapa khabarnya pada kabus-kabus yang bakal menyelubungi.Cuaca panas tengah hari tadi membuatkan petang itu agak berbeza sedikit dengan hari-hari sebelumnya kerana keadaan petang itu sungguh syahdu seakan-akan  sedang membaca hati nurani si tanakvagu yang dirundun sepi bertingung pada satu tunggul kayu di persisiran pantai Tindakon Dazang.
Si tanakvagu sedang tekun mempersiapkan dirinya mengingati segala selok-belok alunan melodi  serta cara petikan yang telah diwarisi daripada Aki Runsud namun segala usahanya itu seolah-olah ada sahaja yang tidak kena pada kesatuan bunyi tali sundatang.Sebenarnya si tanakvagu telah menyertai satu pertandingan memainkan alat-alat muzik tradisional peringkat kebangsaan yang tidak lama lagi akan diadakan di bandar Matunggong.

"Kenapa alunan muzik yang aku mainkan ini masih tidak sempurna? Dimanakah kesalahannya? Dimanakah kurangnya kesatuan melodi petikan tali sundatang ini? Kenapa bait-bait lagu miagung-agung dan mamarangi  yang aku sampaikan ini seolah-olah seperti orang bisu lagaknya tidak bermaya sungguh mengiringi hentakan kaki serta lenggokkan badan sekumpulan sumuni rungus yang dimana sedang menari sumundai-mongigol.Sudah agak ketara terpamer diraut wajahku bahawa hati ini tidak dapat bersatu pada alunan melodi yang aku persembahkan."Bisik hati kecilku.

"Peserta no.06 berasal dari kg.Burul Bonduk Tanakvagu merangkap peserta terakhir membuat persembahan pada hari ini merupakan peserta yang layak mara ke peringkat akhir."Kata-kata pengadil yang menyentuh gegendang telingaku itu memberikan sedikit sebanyak kelegaan pada degupan jantung yang sejak dari tadi berdegup kencang seperti paluan gong kumanis belukis buatan kg.sumangkap,kerana sejak pengadil itu mula mengumumkan keputusannya hatiku mula merasa tidak keruan.

"Baiklah,pertandingan akhir diadakan pada minggu hadapan di tempat ini pada hari yang sama.Harap semua peserta yang terlibat dapat memberikan kerjasama paling terbaik dalam persembahan dan membuat persediaan awal sewajarnya untuk persembahan akhir majlis penutup bagi pertandingan ini.Majlis penutup pertandingan ini akan disempurnakan oleh ADUN N4 Matunggong sendiri serta beberapa orang kenamaan yang merangkap penaja bagi pertandingan ini."Sambung pengadil itu memberikan peringatan kepada semua peserta yang telah layak masuk mara ke peringkat akhir  pertandingan.

Aku melabuhkan punggung pada satu kerusi  yang terdapat dalam dewan itu lalu menghirup udara pelahan-lahan dan menghembusnya.Api semangatku yang begitu bernyala-nyala membara seakan-akan sudah menemui titik noktahnya.Aku rasakan kehangatanya seolah-olah sudah kian tenggelam diselubungi hembusan bayu Burul Borud.Kedinginan yang menyelubungi tubuhku itu membuat aku menggigil sedikit kelihatan dan jiwaku mula dicengkam perasaan gementar.Raut wajahku yang dibasahi keringatku lap dengan sapu tangan perlahan-lahan dan menarik nafas dalam-dalam.
Adakah aku mampu bangkit lagi untuk meneruskan perjuangan ini? Sesungguhnya aku sedar sebagai pendatang baru setahun jagung dalam arena muzik tradisional yang belum menguasai sepenuhnya keindahan itu sememangnya agak berat untuk terus berdiri teguh pada kaki sendiri tanpa kejayaan serta sokongan dari semua pihak.
Secara realitinya aku sudah tidak layak lagi untuk terus menjiwai muzik tradisional ini kerana kesatuan alunan melodi itu tidak seirama lagi dengan naluri jiwaku!!..

##############################################

Bayu sepoi-sepoi bahasa yang menghembus itu tampak begitu bersemangat sekali tanpa rasa kegusaran dihati menyapa wajahku dengan penuh kelembutan memberi sedikit kelegaan kepadaku.Penutup tingkap berbingkai kaca yang sudah ternganga sedikit itu kubuka luas lagi dan membiarkannya.Aku undang sang bayu memenuhi ruangan kamarku dengan aroma senja yang sedang bercengkerama saat itu.Sebuah senyuman terukir dibibirku bersama lesung pipit yang mengiringi kerana sungguh terpersona dengan jalinan lukisan suasana panorama senja.Hatiku sungguh terhibur dengan keindahannya.

Pada saat itu kedua-dua biji anak mataku menangkap sesuatu yang menarik perhatianya.Sesusuk bayangan tubuh yang sedang bersendirian di atas batu-batu persisir pantai Tindakon Dazang sambil mendepakan tangannya lagak seperti menari sumundai,dia seolah-olah sedang hanyut diterbangi sang bayu di awangan penuh kelembutan mengikuti arah irama hembusan sang bayu senja.Pergerakkan lengan serta lenggokkan pinggangnya itu seperti kain sinombitan yang ditiupi bayu kelihatan begitu bebas menari-nari.Sedikit sebanyak pergerakannya itu kuamati sejak dari tadi membuat hatiku tepersona.

"Siapakah gerangan si Sumuni rungus ini?" Hatiku mulai bermonolog sendiri tertanya-tanya.Pandangan anak biji mataku terus kulabuhkan memerhati setiap inci gelagatnya.Pada pandangan mata hatiku si sumuni rungus ini benar-benar menjiwai kedamaian senja yang disajikan oleh sang bayu.Aku merasa sungguh kagum dan sedikit teruja dengan apa yang kulihat dari lubuk perasaannya. 

"Si sumuni rungus ini tentu sahaja bukanlah wanita biasa kerana kecintaanya terhadap keindahan alam semulajadi begitu mendalam sekali."Detik hatiku berbicara.

Selang beberapa minit si sumuni rungus itu hanyut dengan dunianya sendiri,senja pun mula beralih ke suasana kelam diikuti kabus tebal yang menyelubungi persisir pantai Tindakon Dazang.Aku menyedut udara perlahan-lahan dan masih setia memerhatinya lagi.Kini si sumuni rungus itu sedang bejalan penuh berhati-hati menuruni batu-batu dan  dengan perlahan-lahan terus menghilang dari pandanganku.Bunyi bayu yang menderu menyapa pepohon kayu rhu dan kelapa di pesisir pantai itu menutup tirai senja yang dimana agak riuh-randah oleh suara kanak-kanak kampung bermain sebentar tadi ketika senja masih berlabuh.Aku menutup tingkap yang berbingkai kaca itu perlahan-lahan dan menuju ke kamar untuk mandi.

Sudah masuk hari ke-lima aku berkurung sahaja dalam kamar tanpa keluar berjalan-jalan sejak pertandingan itu diadakan.Dua hari hari lagi pertandingan akahir itu akan diadakan seperti yang tertera pada surat yang memaklumkan jatuh pada hari isnin.Aku menyedut zarah-zarah oksigen yang menemani di kamarku itu perlahan-lahan dan menghembusnya panjang.Aku ingin mencari ketenangan jiwa dan bertekad untuk mengenalpasti setiap kelemahan terhadap arena seni muzik tradisional sebelum menghadiri pertandingan akhir itu nanti.Tentang aku hanya mendapat tempat ke-enam untuk layak masuk ke peringkat akhir itu bukanlah satu alasan walaupon pelbagai presepsi orang  singgah di telingaku.Namun keputusan muktamadku adalah tidak akan balik dengan tangan kosong tanpa membawa satu trofi kejayaan kerana ianya sungguh bererti bagiku dan membuktikan kepada mereka semua bahawa walaupon aku hanya pendatang baru tetapi ilmu-ilmu yang diwarisi daripada Aki Runsud tidaklah sia-sia,dan saat ini juga aku harus perbaiki semua kelemahan serta kekuranganku.
 Kupandang sundatang yang sedang tergantung pada dinding kamarku itu.
"Mampukah aku memetiknya lagi?"Hatiku mula diburu keresahan. Aku tidak mahu mempertikaikan tentang teknik petikan dan kemahiranku menyampaikan lagu melalui  sundatang sudah cukup sempurna,namun aku masih lagi merasa diriku sungguh terasing untuk mempersembahkan lagu-lagu tradisional versi alaf baru.Kenapa aku merasa sebegitu?..
Kucapai sundatang yang sedang tergantung elok itu lalu menarik kerusi dan duduk.Kupejamkan mata,lantas perlahan-lahan tangan kiriku memeggang leher sundatang dan jari tangan kananku mula memetiknya.Lagu monumandak yang kupilih itu sebenarnya salah sebuah lagu yang menceritakan rasa gembira dan bahagia.Kucuba menghayati dan mempersembahkannya dengan baik namun kepuasan pada irama-iramanya yang terhasil masih belum memukau hatiku lagi.

To Be CoNtInUe....


By kEoNz_LrYnZz




~CiNtA sI pEmEtIK sUnDaTaNg~ Adakah si pemetik sundatang ini boleh menjiwa alunan melodi sundatangNya?.. Berjayakah dia menyelami Hati sI sUmUnI rUnGuS dengan bait-bait melodi yang disusunNya?.. Bolehkah mereka bersatu atas satu minat yang mendalam terhadap alat muzik tradisi ini?.. WaLau sI sUmUnI RuNgUs ini buta kedua-dua biji matanya sejak azali namun telinga dan naluri masih kuat berpaut pada kesatuan nada bunyi dan cintanya masih mendalam mengisi lewat langkahnya menari Sumundai menemani sI pEmEtIk sUndatang.. sI pEmEtik sUndatang secara lahiriah sudah cukup sempurna dilihat dari luaran tetapi sebenarnya dIa seorang yang bisu,setiap alunan gemersik sundatang yang depetiknya itu sebenarnya adalah luahan hatinya. Dapatkah mereka bersatu atas satu rasa dan melepasi tembok kekurangan yang membatasi kesatuan Nada cInTA terhadap SuNDaTang??..

Post a Comment