Ads (728x90)

z


Semalam.....................
Aku menyelusuri satu jalan yang panjang
Berliku dan Berduri,
Adanya kamu di sisi ku ini sayang,
Aku mampu untuk membuat senyuman,
Luka semalam masih ku simpan,
Dalam memori manis,
Antara kau dan aku...

Harapanku...........
Agar kesakitan itu akan bisa hilang
Dengan adanya penawar rindu darimu sayang,
Aku lebih senang berjalan dengan mu,
Dan berlari mencari sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu...

Pintaku................
Janganlah kau padamkan memori
Antara kita berdua sayang,
Kerana hanya itu sahaja yang aku ada,
Buat menemani jalan hidupku sayang,
Yang kian kelam............

Sayang,.....
Aku sendiri tidak pasti bahawa
Adakah kau tahu,
Yang tiap kali kau derita,
Aku turut merasakan sakitnya juga,
Tiap kali matamu mengalirkan air mata,
Hangat perasaan ku akan ikut sengsara,
Hanya doa yang ku utuskan....

Sayang,
Ketahuilah bahawa aku mencintaimu,
Tiap malam aku mimpikan dikau sayangku...
Setiap masa aku teringatkan padamu sayang,
Adakah kau tahu bahawa
Aku merindukan mu pada masa ini..........
Aku cinta padamu.....


ekekeke....by sunduvan edon.......

Post a Comment