Inilah
Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu | Pagi
itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu
saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu
keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya
tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana
pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar
saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia
melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu
emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori
itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan
kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan
lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung
dengan sebuah feri.
Feri itu
terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu
lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati.
Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke
tempat kemalangan.
Dia
melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri
itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke
jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian
itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
“Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya
menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat
kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil
memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak
dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama
kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang
bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar
suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu
emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan
mati.
Di pasar,
emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan
mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Post a Comment