Tangon do rungus: Kukuoyo
(Bahasa)
Ada seorang pemuda yang sangat rajin bekerja bernama Kukuoyo.
Suatu hari Kukuoyo pergi memancing di sebatang sungai yang terdapat di
tengah-tengah hutan belantara. Dia membawa bersama umpan yang dibuat sendiri
oleh ibunya.
Semasa Kukuoyo sedang memancing, tiba-tiba datanglah sekumpulan
kera. Kera-kera itu menggangu Kukuoyo. ”Apa umpanmu Kukuoyo?” tanya kera-kera
itu kepada Kukuoyo. ”Udtul om kuha”, jawab Kukuoyo. Kera-kera itu bertanya
soalan yang sama berulang kali kepada Kukuoyo sehingga sehingga Kukuoyo tidak
mengendahkan pertanyaan mereka kerana berasa bosan. Walaubagaimanapun kera-kera
itu masih mengganggu Kukuoyo. Akhirnya Kukuoyo sangat marah dengan gangguan
kera-kera itu lalu berkata, "kamu benar-benar mahu menggangu aku. Umpan ku
ini ialah ontoluw di adara ininum do hinatus pinakalakap-lakap”. (perkataan
menghina kaum kera). Demi mendengar sahaja jawapan Kukuoyo, kera-kera itu
menjadi sangat marah. Kera-kera itu segera menangkap Kukuoyo lalu menghumbannya
ke tengah semak berduri. Kemudian kera-kera itu pun meninggalkan Kukuoyo
bersendirian. Kukuoyo pun berusaha keluar dari semak berduri itu. Badannya
dipenuhi duri-duri yang tajam itu. Dalam keadaan badan yang lemah dan sakit
Kukuoyo masih berdaya untuk berjalan pulang ke rumahnya.
Setelah sampai di rumah, ibu Kukuoyo terkejut melihat keadaan
Kukuoyo yang lemah dan badannya penuh dengan duri. Setelah melepaskan lelah
Kukuoyo menceritakan semua yang berlaku kepada ibunya dan meminta ibunya
mengeluarkan duri-duri yang tertanam dalam tubuhnya. Duri-duri yang berjaya
dikeluarkan itu dikumpul oleh Kukuoyo ke dalam tin dan memasukkannya ke dalam
peti. Kemudian peti yang berisi duri itu disimpan ke atas para-para rumahnya.
Seminggu kemudian, Kukuoyo terdengar bunyi anjing dari para-para
rumahnya. Kukuoyo segera naik ke atas para itu lalu membuka peti berisi
durinya. Alangkah terkejutnya Kukuoyo kerana peti itu berisi penuh dengan
anjing yang sangat cantik. Rupanya duri-duri yang dikeluarkan dari tubuhnya
bertukar menjadi anak-anak anjing. Kukuoyo pun menamakan anjing-anjingnya
’kudingit kudingau’.Setelah genap enam bulan, anak-anak anjing Kukuoyo sudah
besar. Anjing-anjing itu sangat garang dan suka mengikuti ke mana sahaja
Kukuoyo pergi.
Suatu hari Kukuoyo pengi memancing lagi di tempatnya memancing dahulu.
Dia membawa bersama anjing-anjingnya. Tetapi belum pun lama Kukuoyo memancing,
sekali lagi Kukuoyo diganggu oleh sekumpulan kera. Kera-kera itu bertanya
kepada Kukuoyo, ”apa umpanmu Kukuoyo?”, kata kera-kera itu. ”Udtum om kuha”,
jawab Kukuoyo. ”Jangan bercakap bohong”, kata kera-kera itu lagi. Kera-kera itu
terus menggangu dan mempermainkan Kukuoyo dengan menghujani soalan yang sama
kepada Kukuoyo. Akhirnya Kukuoyo tidak tahan dengan gangguan kera-kera itu lalu
berkata, ”umpanku ini ialah ontoluw do kara ininum do hinatus pinakalap-lakap”.
Kera-kera itu sangat marah mendengar jawapan Kukuoyo. Mereka
segera turun dari pokok untuk menangkap Kukuoyo. Melihat keadaan itu Kukuoyo
segera memanggil anjing-anjingnya, ”Kudingit Kudingau! Kera-kera itu hendak
menangkap aku lagi”, laung Kukuoyo. Sebaik mendengar suara Kukuoyo memanggil
nama ’Kudingit Kudingau’ anjing-anjing itu segera datang dan menangkap
kera-kera itu sehingga kesemuanya mati.
Kukuoyo sangat gembira kerana terselamat dari kera-kera yang jahat
itu. Malah bukan sahaja mendapat hasil tangkapan ikan tetapi juga mendapat
banyak kera. ”Oleh kerana aku mendapat banyak kera pada hari ini, lebih baik
aku bahagikan kepada orang kampung dan selebihnya aku berikan kepada
anjing-anjingku”, kata Kukuoyo dalam hatinya.
Setelah memasukkan ikan-ikan dan kera-keranya dalam
’barazit’(bekas mengisi barang untuk kaum lelaki), Kukuoyo pun pulang. Selepas
kejadian itu tidak ada lagi kera yang menggangu Kukuoyo kerana anjing-anjingnya
sangat garang.
TAMAT
OOOOONNNOOO kanto dikou. (copy antad sid RFM)
oooooonnnnnnnnnooooooooooo
ReplyDelete